top of page

Perundingan

Perundingan merupakan satu unsur yang diiktiraf dalam program bimbingan. Perundingan merupakan suatu perkhidmatan tidak langsung dan diasaskan pada hubungan manusia yang dibentuk oleh konsultan atau pakar runding dengan klien.

Perundingan juga merupakan satu bentuk perkhidmatan penyampaian kaunselor yang mana kaunselor adalah sebagai konsultan (perunding) yang bekerja dengan orang kedua iaitu konsulti (orang yang dirunding) dengan tujuan untuk memanfaatkan orang yang ketiga iaitu klien.

Proses perundingan ini memerlukan perunding mengendalikan isu atau masalah dengan melibatkan orang kedua atau perantaraan sebelum klien dan perunding tidak secara terus dengan klien. Tumpuan utama proses perundingan adalah untuk menyelesaikan isu atau masalah yang berkaitan dengan tugas atau peranan seseorang.

​​

©  by Kerjaya Agrolinx

JUMLAH PELAWAT

bottom of page