PERTANIAN MASA KINI
- Admin
- Jan 3, 2018
- 1 min read
Baru-baru ini saya telah membaca pengisian daripada penulis blog lain berkenaan pertanian. Ianya sangat menarik dan membuka mata saya berkenaan fakta yang telah dinyatakan di dalam blog tersebut. Antara ialah;

Pada tahun 2016, sektor pertanian telah menyumbang sebanyak RM89.3 bilion atau bersamaan 8.1% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Secara khususnya, sektor agromakanan pula telah menyumbang sebanyak RM36.5 bilion atau 3.3% kepada KDNK. Pengeluaran komoditi makanan utama seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan telah mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan iaitu pada kadar 3.9% setahun dalam tempoh 2011-2016.
Peningkatan pengeluaran komoditi makanan ini adalah seiring dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan sekuriti makanan dan tahap sara diri negara. Contohnya, pada masa ini, Malaysia telah mencapai tahap sara diri melebihi 100 peratus bagi komoditi daging dan telur ayam dan itik, dan mencapai tahap sara diri melebihi 70 peratus bagi ikan, buah-buahan dan beras.
Prestasi sekuriti makanan negara juga memberangsangkan di dalam Indeks Jaminan Bekalan Makanan Global (The Global Food Security Index) oleh The Economist Intelligence Unit. Kajian pada tahun 2016 telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke-35 dalam kalangan 113 negara di peringkat global.
Malah, kajian tersebut juga meletakkan negara di tempat kedua terbaik selepas Singapura di rantau Asia Tenggara berbanding dengan negara-negara yang dikenali dengan kemajuan sektor pertanian mereka seperti Thailand yang berada di kedudukan 51 dan Vietnam di kedudukan 57.
Berdasarkan fakta di atas, sektor pertanian sememangnya sangat diperlukan untuk meningkatkan pendapatan negara. Oleh itu, sudah semestinya kerajaan memerlukan ramai orang muda khususnya untuk membangunkan sektor pertanian di dalam negara. Ini bermakna peluang untuk pelajar yang berada dalam jurusan pertanian sangat luas dan terbuka sekiranya mereka benar-benar ingin berjaya dalam bidang pertanian tersebut.
Sumber: https://www.najibrazak.com/en/blog/hari-peladang-penternak-dan-nelayan-kebangsaan-2017/
Comentários