top of page
Search

PETANI MODEN SETARAF PEKERJA PROFESIONAL

  • Writer: Admin
    Admin
  • Jan 3, 2018
  • 2 min read


Masyarakat perlu buang persepsi 'selut dan terik matahari' dan kesusahan keluarga Lahuma yang diceritakan oleh Shahnon Ahmad melalui novelnya iaitu Ranjau Sepanjang Jalan. Tidak mustahil, pada masa singkat, kemahiran serta kelulusan menjadikan petani moden mungkin setaraf pekerja profesional di syarikat antarabangsa.


Generasi muda yang semakin peka terhadap isu alam sekitar juga mempengaruhi penyertaan dalam pertanian moden. Dalam keinginan mendapatkan makanan yang tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar, generasi muda terutama yang tinggal di kota banyak terbabit dalam 'pertanian bandar.'


Bentuk pertanian terbaru ini merangkumi teknologi hidroponik terkini, teknologi penderiaan jauh (lebih dikenali sebagai teknologi remote sensing) dan teknologi pencahayaan untuk penanam dalam bangunan.


Kepesatan teknologi sebagai daya penarik kepada belia untuk membabitkan diri dalam bidang pertanian telah menjadi strategi utama di banyak negara. Di Eropah, sungguhpun jumlah generasi muda dalam pertanian adalah rendah, namun tahap kemahiran mereka adalah lebih tinggi.


Statistik menunjukkan, seorang setiap lima petani muda Eropah mempunyai pendidikan dan latihan pertanian secara formal, berbanding petani lebih berumur yang hanya bertani melalui pengalaman. Di samping itu, petani muda di Eropah di bawah umur 35 tahun membuat pelaburan purata tertinggi jika dibandingkan petani yang lebih berumur.


Ini menunjukkan petani muda lebih berminat untuk gunakan teknologi dan automasi dalam pertanian. Di Jepun, jumlah generasi muda dalam pertanian juga beransur meningkat. Industri pertanian di Jepun mencatat penambahan 23,000 orang pekerja di bawah umur 49 tahun pada 2015, berbanding 18,000, lima tahun sebelumnya.


Kebanyakan mereka berkelulusan tinggi serta guna teknologi pertanian terkini. Kajian di UK juga mendapati petani millennial lebih berkemahiran tinggi dan mesra teknologi, serta meletak pertanian sebagai karier pilihan.


Menyedari hal ini, banyak negara seluruh dunia memperkenalkan pelbagai dasar membabitkan penggunaan teknologi sebagai pemangkin untuk menarik generasi muda menyertai bidang pertanian.


Malaysia juga tidak ketinggalan. Seiring negara maju lain, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenal Program Agropreneur Muda.



Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/11/348063/teknologi-moden-pikat-generasi-muda-bertani

 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


©  by Kerjaya Agrolinx

JUMLAH PELAWAT

bottom of page